SURAT RASMI

YDH TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN                                                 KPN001/2017
KETUA POLIS NEGARA
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur.
Telefon :03 - 2266 2222
Faks:03 - 2070 7500
kpn@rmp.gov.my


  PER: MEMOHON KEBENARAN MEMASUKKAN GAMBAR-GAMBAR MUZIUM
POLIS KL ,MUZIUM BUKIT KEPONG JOHOR DAN MUZIUM PENJARA MELAKA.

                         Saya seperti nama dan beralamat di atas ingin memohon izin untuk mendapatkan gambar-gambar ketiga-tiga muzium tersebut di dalam buku tulisan saya berjudul “JASA PDRM KEPADA NEGARA” yang dijangka siap dan diterbitkan pada
31 Disember 2018 .

2. Kesemua gambar-gambar perlu dimasukkan dalam DVD dan diposlaju kepada
saya seperti alamat di atas .Saya berharap kesemua gambar tersebut diberikan percuma
dan tiada bayaran.Surat rasmi kebenaran perlu diberikan bagi mengelakkan
sebarang pertikaian setelah penerbitan buku nanti.

3. Cadangan pertama saya ialah menerbitkan buku tersebut bersama Utusan
Publications di mana penerbit tersebut telah menerbitkan 3 buah buku saya sebelum ini.Namun jika penerbit tersebut enggan terbitkan,saya akan terbitkan sendiri dengan cetakan pertama 1000 buah naskhah dan cadangan harga ialah :

a) Kulit nipis : RM25.00
b) Kulit tebal : RM50.00

4. Buat pengetahuan YDH ,manuskrip JASA PDRM KEPADA NEGARA adalah sebuah penulisan yang amat mencabar .Saya telah mewawancara Ketua Polis Melaka (kini
beliau Ketua Polis Pulau Pinang ) dan beliau telah memberikan banyak cadangan bernas
dan bernilai untuk dimasukkan dalam manuskrip.Wawancara yang santai dan
beliau berikan banyak info penting,malah rajin membalas SMS memberi jawapan
jika saya mempunyia persoalan pelbagai perkara penting . 


5. Saya juga melawat Bukit Kepong hampir 10 kali dan mewawancara penduduk dan
anggota PDRM yang bertugas kawasan tersebut .Saya juga menonton Astro 732 CI
ribuan jam kerna banyak info berguna dan maklumat penting terutama kisah-kisah
kejayaan PDRM .Saya juga membaca pelbagai buku untuk menambahkan
pengetahuan dan mendapakan idea penulisan yang lebih berkualiti.Saya pun lupa
berapa jam saya habiskan masa di perpustakaan sehingga isteri saya mengadu
dan cemburu kerna masa saya di perpustakaan lebih lama berbanding di rumah.
Itulah pengorbanan yang perlu ditelan seorang isteri bersuamikan penulis.

6. Saya mengalami pelbagai masalah kesihatan dan baru-baru ini,saya mengalami
jangkitan paru-paru selama 3 bulan dan terpaksa menghadkan aktiviti .Saya memohon maaf kerna tidak dapat hadir perbincangan dengan pihak Jabatan Korporat PDRM
tempohari atas masalah kesihatan .Saya telah memohon maaf kepada pegawai
Peribadi Datin Asmawati di atas perkara tersebut melalui telefon.

 Alhamdulillah setelah banyak berehat dan makan ubat dari hospital ,kini ia pulih ,namun bukan sepenuhnya.Saya perlu mengurangkan menghisap rokok dan tidur perlu cukup
5 jam sehari di mana saya biasa tidur hanya sejam atau dua jam sahaja sehari kerna
banyak membaca dan menulis.Menulis perlukan banyak bahan bacaan dan kadangkala
saya membaca 100 buah buku sebulan .Lokasi saya suka membaca buku ialah
HUTAN REKREASI AIR KEROH dan TASIK TITIWANGSA KL .

7. Saya bertemu ramai anggota PDRM termasuk Ketua Balai,Ketua Polis Daerah dan mereka sudi menceritakan pengalaman manis pahit dalam PDRM.Saya amat berterima
kasih kepada semua mereka yang sudi berkongsi pahit getir demi keamanan dan
kestabilan negara tercinta.Justeru saya masukkan kesemua nama mereka dalam
daftar rujukan buku sebagai tanda TERIMA KASIH meluangkan masa bersama saya.

8. Saya berdoa buku ini akan membuka mata masyarakat yang terlampau
banyak menghina PDRM dalam FB,blog,whatsapp ,kedai kopi dan pelbagai
cara dan tempat.Semoga buku ini ‘brain-wash’ mereka yang tidak menghargai PDRM
yang banyak berjasa sejak negara belum merdeka hinggalah kini .

9. Saya berharap YDH menghantar surat rasmi kebenaran di samping DVD
memuat-tutun semua gambar-gambar di muzium tersebut dan saya amat hargai
sokongan YDH .Saya juga mahukan KATA-KATA ALUAN YDH KPN dihantar
sekali untuk dimasukkan dalam buku pada muka surat awal sebelum PRAKATA.

10. Buat pengetahuan YDH ,saya biasa menulis banyak buku sekaligus dan
buat masa ini saya menulis 3 buah buku iaitu REMAJA BIJAK,MASJID ADALAH
GEDUNG PAHALA dan JASA PDRM KEPADA NEGARA.

11. Maju jaya buat PDRM dan teruskan kecemerlangan.

Sekian

Terima kasih




.......................................................

SAAT BIN SULAIMAN







(SURAT INI TIDAK PERLU TANDA TANGAN KERNA DIUTUS MELALUI EMEL)


Comments